Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, June 1, 2012

15000 hadir ceramah AC Mizal di Perak.


Ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang berjaya, Dato' AC Mizal mendapat sambutan HANGIT!!!

kira-kira 15 000 belia menghadiri ceramah yang di anjur YB Hamidah Umno dengan menjemput artis terkemuka tanah air AC Mizal dakwa Utusan Malaysia.

Alangkah hebatnya pogram ini, kerana AC Mizal sendiri terkejut dengan hadiran belia seramai ini, kerana beliau belum pernah menghadiri pogram konsert beliau seramai ini.

Sempat juga beliau mempromote gelang kesihatan beliau. dan memberikan beberapa contoh menteri yang sihat kerana menggunakan gelang beliau.


kelihatan abang AC sedang berucap dengan di bantu projector bertulisan cina, apa die gebang wa pu ci tau.. kahkahkah



Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Read more ...

Tahniah! Himpunan Belia telah merugikan 10Juta lebih

Ini dokumennya.

Berapa ratus ribu Polis rugi kelmarin die kate pasal BERSIH sebab bayar OT lebih dekat mereka?
Ini berapa juta pula telah berjaya Najib serta kroni habiskan?
Penuh pengisian x? sampai 17orang cedera di langgar sebijik kereta penganjur..

Fatwa: patut takda (lepas di adakan)
Makamah : nak buat undang2 tak sempat pasai dah buat dah himpunan penuh kerohanian.
Jamil Khir : Bagaimana dengan kuota Haji bertambah? ha ha ha

Tapi paling best. K-Pop tu di bayar 2Juta ++, makin kaya lah melayu kankankan.. kahkahkah


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Read more ...

Thursday, May 31, 2012

EDISI GEMPAR!!! UMNO-BN REKRUT HACKERS!!!

Sekumpulan BELIA yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam ilmu cyber dan berpotensi ke peringkat penggodam Malaysia telah hadir di satu program iaitu Malaysian Youth Cyber Conference atau lebih dikenali sebagai MCC yang telah di adakan di Hotel Heritage Ipoh, Perak pada 12 Mei 2012 yang lalu. Siapa disebalik program ini dan apa MATLAMAT sebenar mereka?


Didalangi oleh sebuah syarikat yang dipercayai KRONI dan mendapat dana dari kerajaan UMNO-BN. Nama syarikat ini adalah VYREC. TUjuan mereka mengumpulkan sebanyak mungkin hackers yang sanggup menjual maruah mereka demi kepentingan UMNO-BN. Pelbagai program telah dilaksanakan, ada yang terima tawaran, ada yang menolak tawaran. 


ATUCARA MCC yang telah dijalankan tempoh hari adalah seperti berikut:

18:30-19:00 : Pendaftaran
19:00-19:30 : Bacaan Yassin dan Persiapan Solat Maghrib
19:30-20:00 : Kata-Kata Aluan Pengarah Program 
20:00-20:45 : Tayangan Video Cara-cara Penggodaman
& Makan Malam 
20:45 -21:30 : Malaysian Cyber Youth Conference Forum 
Panel 1 : Adnan Syukur ( Pakar Penasihat IT ) 
Panel 2 : Khaireel Azlee ( ITYM & VYREC ) 
21:30-21:45 : Soal Jawab
21:45-22:00 : Kata-Kata Akhir Panel ( Nasihat ) 
22:00-23:00 : Permainan Siber 23:00 (Sesi Fotografi dan Bersurai)
23:00-23:30 : Santai di persekitaran Ball Room




Sebenarnya ini semua perancangan rapi oleh pihak pihak tertentu untuk mendapatkan 'tentera cyber' yang bukan untuk berdebat atau kempen TETAPI adalah sebuah bala tentera yang akan ditugaskan untuk HACK mana mana Website Pakatan rakyat, Blog Pejuang2 Pakatan Rakyat, Facebook Pejuang2 pakatan Rakyat yang dianggap bahaya bagi pihak UMNO-BN. Tak semua yang hadir ni terima kerana ada antara mereka x berminat langsung dengan POLITIK, dan ada juga antara mereka adalah cybertrooper dan blogger Pakatan Rakyat.




DANA APA SEBENARNYA NI? Mengikut dari penyiasatan, VYREC ini memegang banyak access system perkomputeran kerajaan Malaysia. banyak portal portal kerajaan yang dikawal dan diselenggara oleh VYREC. Tak tau la kalau ni proxy APCO. X dapat disahkan pulak. Mana mana HACKERS yang berpotensi dan hebat, mereka akan tawarkan khidmat untuk bersama mereka kononnya 'Mempertahankan Sistem Komputer Kerajaan'. Tapi sebenarnya tak. Mereka ajak untuk buat 1 team underground yang kerjanya menyerang web dan Jaringan Sosial yang dimiliki oleh pemimpin, blogger dan cybertrooper Pakatan Rakyat. 


Dana tu dah lulus kot sebab tu mereka buat Conference kat Ipoh. Nak tau kat mana peserta tinggal sepanjang program tu? Tempat mewah beb!!! Gambar disebelah ini bukanlah rumah ZAHIDA RAFIK walaupun bentuknya lebih kurang sama dan tingginya juga lebihkurang sama dan lentik ramping pinggangnya juga sama.. Kih kih kihhhh!!!




Salah seorang yang dipilih adalah Cybertrooper Pakatan Rakyat. Tetapi alhamdulillah, dia setia pada Pakatan Rakyat. Maka dia telah jumpa aku dan cerita dari A sampai Z. Siap ada sijil tuuuuuuuu... Setakat ini kita x pasti berapa ramai anak muda yang telah 'dibeli' oleh VYREC. 


Difahamkan, ini bukan team yang dicipta untuk meroyan di fb mahupun blog, x sama seperti UMB, Nadi Rakyat ataupun mana mana team cyber ciptaan UMNO-BN. Yang ini adalah 'penyerang senyap' yang ditugaskan untuk melumpuhkan terus jentera jentera maya milik Pakatan Rakyat. Tetapi ingin kami ingatkan pada mereka bahawa PAKATAN RAKYAT JUGA MEMPUNYAI BARISAN TENTERA SIBER YANG HEBAT tanpa menawarkan apa apa imbuhan dan mereka benar benar sukarelawan yang sanggup menggadai masa dan tenaga mereka untuk masa depan negara tanpa UMNO-BN.






Banyak lagi maklumat yang aku dapat sebenarnya tapi cukup setakat ini dulu.
Nanti x pasal aku pulak yang kene hack.
Takotnyeeeee... Kih kih kiiiiiiiihh






Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Read more ...

kereta kesultanan melayu johor..



















 
wow beb! kah kah kah
kaya kaya! kah kah kah
gua dapat tengok pun jadi ler.. kah kah kah




Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Read more ...

PECAH BERITA! Skandal Scorpene: Daim Zainuddin Dan Mahathir Turut Terlibat Selain Najib ?

Badan Hak Asasi Manusia, SUARAM, mendedahkan nama individu yang rapat yang mempunyai kaitan dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, disebut dalam kertas siasatan pendakwaan berhubung dengan skandal rasuah pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene pada 5 Jun 2002.

Peguam Perancis yang mewakili SUARAM, Joseph Brehem mendedahkan penemuan terbaru tersebut semasa sidang media yang diadakan di Kelab Wartawan Asing (International Reportes Club) di Bangkok, Thailand, setelah Joseph gagal memasuki Malaysia walaupun telah memohon visa kerja beberapa minggu lalu.

Joseph ketika menerangkan penemuan tersebut menambah, Daim dan bekas perdana menteri, Mahathir menggunakan proksi mereka dalam urusan pembelian kapal selam untuk kepentingan kewangan Umno-APCO yang melibatkan pembiayaan wang pembayar cukai yang sangat banyak iaitu sebanyak EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion).

Dalam sidang media yang dipancarkan ke seluruh dunia menerusi laman sesawang video popular, Ustream, Joseph mendedahkan lagi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan isteri pakar strategis Najib Altantuya, Razak Baginda, iaitu Mazlinda Makhzan.

Mendedahkan lanjut, Joseph menambah, Dokumen 97 yang dirampas dari pejabat Thales International di Paris, Perancis menunjukkan bahawa Razak Baginda dan Mohd Ibrahim Noor dua adalah individu utama yang dirujuk juga sebagai orang tengah dalam urusan pembelian dan hubungan erat antara Najib Altantuya dan Mahathir.

Dokumen 97 itu juga menjelaskan nota yang tertulis di dalamnya adalah sebagai dokumen perlu dan mesti digunakan sebagai rujukan pindahan pembayaran kepada individu dan organisasi politik rejim pemerintah iaitu Umno-APCO.

Malah, dokumen itu juga membuktikan bahawa kaitan antara kedua mereka adalah seperti berikut:

a) Razak Baginda adalah orang suruhan Najib Altantuya, dan;
b) Mohd Ibrahim Noor adalah orang yang rapat dengan Daim Zainuddin.

Berhubung dengan isu sama ada Najib Altantuya dan enam individu lain yang dipohon SUARAM untuk hadir ke mahkamah, Joseph menjelaskan ia sememangnya tidak mustahil untuk memanggil kesemua mereka sebagai saksi perbicaraan, dan sekiranya enggan, mahkamah akan mengeluarkan sapina ke atas mereka.

Jika sapina telah dikeluarkan tetapi masih enggan hadir, makan amaran waran tangkap kod merah akan dikeluarkan, iaitu kod tertinggi bagi polis antarabangsa (Interpol) untuk bertindak setelah kesemua prosedur dipatuhi.

Joseph juga menambah, amaun rasuah yang diperolehi daripada pembelian kapal selam ini boleh digunakan untuk pembinaan hospital, sekolah, jalan raya dan infrastruktur kemudahan awam kerana hasil siasatan menunjukkan wang rasuah boleh melebihi jumlah asal yang dianggarkan iaitu RM3 bilion.

Wartawan yang hadir dari seluruh dunia bagi mengikuti pendedahan khas ini ada yang datang sejauh Brazil dan Amerika Syarikat kerana skandal rasuah kapal selam ini mirip kes yang pernah dilaporkan di Pakistan, India, Bolivia dan beberapa negara lain, juga menerusi dua buah syarikat usahasama antara DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol.- JALAN PULANG

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Read more ...

Tuesday, May 29, 2012

EDISI GADAI: Tanah Rezab Melayu Bakal Hilang Lagi

Perjanjian pajakan tanah antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 adalah untuk memberikan kuasa dan hak milik kepada FGVH untuk mengusahakan tanah tanah yang dimiliki FELDA mengikut syarat syarat perjanjian. Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGVH ke Bursa. Tanpa tanah tanah ini, penyeneraian akan GAGAL!!!

Salinan penuh PERJANJIAN dan SENARAI TANAH TANAH YANG TERLIBAT menunjukkan sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, antaranya adalah TANAH TANAH YANG DIWARTAKAN SEBAGAI REZAB MELAYU di seluruh negara berskala 105,382 ekar semuanya. Akan didedahkan KHAMIS INI sementara menunggu DS Hj Najib Dam Dam mengumumkan Prospektus Lengkap IPO FGVH.. Buat masa ni kita kupas sedikit untuk sambungan dari SIRI 1 yang sebelum ini. Mana mana yang tertinggal boleh KLIK SINI


Bagaimana ini terjadi sedangkan terdapat ENAKMEN DAN UNDANG UNDANG REZAB MELAYU 1914  dari dipajakkan sesuka hati? Jika begitu, FGVH tidak boleh sesekali dikira sebagai sebuah badan berstatus BUMIPUTERA kerana jumlah PEGANGAN SAHAM BUMIPUTERA tidak dapat disahkan. Setakat ini pegangan saham dari Peneroka FELDA hanya dieruntukkan sebanyak 2.5% sementara Kakitangan FELDA pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan pegangan saham yang DIJEMPUT KHAS oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus, sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai oleh keluarga berketurunan Yahudi dari Perancis.

DS Hj Najib Dam Dam dan TS Isa Samad Kemetot wajar menjelaskan kepada rakyat Malaysia kenapakah tanah tanah berstatus REZAB MELAYU ini turut dipajakkan ke FGVH yang disenaraikan si pasaran saham? Apakah JAMINAN bahawa tanah tanah ini tidak akan dijual beli dan bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan ENAKMEN DAN UNDANG UNDANG REZAB MELAYU 1914?



Sebarang usaha penukaran dan pembatalan TANAH REZAB MELAYU seluas 105,382 ekar di semenanjung HARUS DITOLAK! Lagi banyak RAHSIA UMNO-BN melibatkan masa depan orang melayu akan dibongkarkan selepas ini!!! 










Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Read more ...

Monday, May 28, 2012

EDISI GEMPAR: FGVH KAYAKAN ORANG KAYA

FELDA ditubuhkan untuk membantu BUMIPUTERA miskin yang tiada tanah. Tapi nampaknya kali ni dah agak lain sikit halatuju FELDA.


PM Hj Najib Dam Dam akan mengumumkan PROSPEKTUS LENGKAP mengenai IPO FGVH pada Khamis 31 Mei 2012 ini. Sebagai preview sebelum kami letupkan apa yang disebalik prospektus merapu tu, aku akan dedahkan beberapa analisa tentang FGVH ni.


Durian runtuh yang diwar warkan Najib hanyalah merangkumi 9% daripada jumlah keuntungan FELDA daripada IPO. 2.2 Billion saham saham FGVH akan dijual. Pecahan peruntukan saham tersebut adalah seperti berikut:




Mengapa 112,635 peneroka mendapat saham yang kurang daripada 3835 pekerja FELDA? Pada kadar 100% penerimaan, setiap peneroka hanya akan mendapat 810 saham seorang manakala kakitangan FELDA akan mendapat 28,368 saham seorang. Secara purata, seorang pekerja FELDA akan mendapat 35kali ganda saham daripada seorang peneroka.


Lebih menggemparkan adalah isu pelabur BUMIPUTERA yang diluluskan MITI dengan peruntukan sebanyak 420 juta saham. Siapakah mereka BUMIPUTERA yang berhak menerima 4.6 kali ganda dari semua golongan peneroka? Adakah mereka ni pernah terlibat dengan FELDA? Mengikut SOP MITI, pelabur dalam golongan ini haruslah mempunyai aset yang banyak atau lebih senang kalau kita sebutkan sebagai ORANG KAYA kerana pelabuur ini harus mempunyai ASET SEKURANG KURANGNYA RM3JUTA.


IPO adalah isu kepentingan nasional, maknanya orang ramai berhak untuk tahu. Senarai PELABUR DARI MITI harus diumumkan kerana rakyat terutama peneroka BERHAK tahu siapa yang melabur dan adakah golongan itu mendapat keuntungan berlipat kali ganda jauh berbeza dari mereka.






ERA PASCA MENCABAR NAJIB MENARIK BALIK PERUNTUKAN SAHAM UNTUK ORANG KAYA DAN BERIKAN PADA PENEROKA YANG LEBIH BERHAK JIKA RAKYAT DIDAHULUKAN!!!




Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Feed