Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, January 30, 2012

Penyerahan Memorandum Kepada NFC


Penyerahan Memorandum Desakan Kepada NFC Untuk Dedah Butir Perbelanjaan Kad Kredit RM593,500





Jingga 13 terus komited dalam siri untuk membongkar penyelewengan dan juga pecah amanah yang berlaku apatah lagi melibatkan wang rakyat. Isu NFC sudah memasuki tahap dimana rakyat perlu tahu kemana setiap sen peruntukkan pinjaman kerajaan bernilai RM250 juta itu dibelanjakan.


Jingga 13 telah melakukan laporan polis berkenaan perbelanjaan kad kredit oleh lembaga pengarah NFC yang berjumlah RM 593,500 dan esok jam 10 pagi, Sdr Vickneswaran akan dipanggil untuk beri keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dihadapan DSP Ahmad Sukarno Bin Mohd Zahari (Bahagian Kad Kredit)

Serentak dengan itu, pada 31 Januari 2012 pukul 2.00 petang, Jingga 13 akan ke ibu pejabat National Feedlot Corporation Sdn Bhd, L-3A, No 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur bagi penyerahan memorandum desakan agar NFC mendedahkan butir perbelanjaan yang dilakukan oleh Datuk Dr Salleh Ismail, Wan Izmir, Wan Izran dan Wan Izzana.

Jingga 13 akan menyerahkan 4 memorandum berasingan beserta penyata perbelanjaan kepada setiap mereka mengikut kad kredit masing-masing dan akan meminta mereka segera mengisytiharkan apa yang dibelanjakan serta apakah benar setiap sen digunakan untuk kegunaan syarikat.

Oleh demikian, Jingga 13 dengan penuh hormat menjemput semua rakan wartawan untuk hadir ke penyerahan memorandum ini dan kehadiran semua rakan wartawan amatlah dihargai.

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha
JINGGA 13





Do you Like this story..?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

Comments
0 Comments

0 conteng sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Feed