Pecah Berita!! Pengakuan Rakyat yg di belasah Polis dalam bersih 3.0

Posted by Abas® - tiewnama® Monday, April 30, 2012 6 341 comments

Alex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan.

Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning.

Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang.

Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya.

NONEFazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya.

Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri.

Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT.

Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri.

Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu.

Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya.

NONEAdrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya.

Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek.

Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau.

Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit.

Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang.

Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya.

SEMOGA MEREKA MENDAPAT PEMBELAAN..

---------------------------------------------------------------





Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Comments
6 Comments

6 341 comments:

Anonymous said...

Semua ini tidak akan berlaku jika BERSIH 3 tidak dianjurkan.

Pelik...kenapa polis yang disalahkan sedangkan orang yang memulakan onar itu diberikan simpati...?

Bagi saya, PDRM telah berjaya menjaga keamanan. Itulah tugas mereka...dan mereka berjaya menunaikan amanah itu.

baginda® said...

semua ini takkan belaku jika tiada penutupan Dataran Merdeka dan tiada polis untuk menganggu gugat perhimpunan, pelik demonstran di persalahkan, mereka tiada bawa sebarang senjata... ko bodo ke anon?

Anonymous said...

Sume ini tidak akan berlaku jika polis tidak kurang ajar..hak rakyat utk berhimpun..ketika kejadian aku ada di sana..yg tak pergi tgk tv1 tv2 tv3 dgr tv nasional k0 ckp apa..jgn nk memandai-manda.i

Anonymous said...

Ya saya faham perasaan org yg berada disana.....tak sama dgn org yg hanya duduk dpn tv, tahniah.....jika pergi atas niat utk membersihkan sistem pilihanraya, semoga anda mendapat rahmat drp ALLAH S.W.T. Tapi ngapa susah sgt nak beri tempat tu utk bersih berhimpun....memang mereka(umno) ingin kejadian ini berlaku? fikir2kan.....

Anonymous said...

4.49, ini tak akan berlaku kalau lu punyak mak tak ada konkek sama lu punya bapak, bila lu keluar, gua ingat masa konkek punya time, lu punya bapak ada kasi sikit kencing dalam itu lubang... lu tak boleh kasih lu punya badan marah? Gua takut nanti lu guna jual.....lelong-lelong, banyak murah.

Anonymous said...

fuh sbr2.dah terjadi.doakan yg baik2 je

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...