Soi Lek : Adun UMNO gila cadang hudud.

Posted by era pasca Wednesday, July 4, 2012 0 341 comments

PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tampil membela Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat yang disifatkan "hilang akal" oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar), Chua Soi Lek bukan sahaja menyifatkan Ayub sebagai 'hilang akal' tetapi ia juga menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai "gila".

"Hilang akal maknanya gila. Apa sikap pimpinan Umno terhadap Soi Lek yang mendakwa cadangan Umno satu cadangan menggambarkan orang hilang akal, yang bermakna cadangan daripada orang gila?" soal Mahfuz.

Bercakap dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mahfuz meminta Perkasa dan Perkida mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Soi Lek kerana telah menghina Umno.

Sebelum ini, Ayub mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia pada 20 Jun lalu di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ekoran cadangan itu, Soi Lek pula menyifatkan Adun Umno yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.

Malah Soi Lek juga dalam twitternya mengatakan Ayub telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.

Soi Lek juga menegaskan MCA pasti akan menentang usaha itu. -HRKH

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Comments
0 Comments

0 341 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...