PANAS!! ANAK MAHATHIR dapat RM836 JUTA drpd pengeluaran gas dlm perairan Kelantan!!

Posted by Prof. Era Pasca 2 341 comments
ANAK MAHATHIR dapat RM836 JUTA drpd pengeluaran gas dlm perairan Kelantan.

Rakyat Kelantan tak dapat satu sen pun!!

Jika anda sayangkan Kelantan demi hasil bumi kita drpd dirompak Keluarga Tun Mahathir, sila tumbangkan UMNO BN, dan kita akan siasat, sekarang ini Polis dan SPRM tiada kuasa sebab mereka ini masih di jajah UMNO BN

Sila Sebar, Share, Tag dll.

Bersihkan PETRONAS dari keluarga Mahathir!!

Keratan akhbar:- Maklumat daripada laporan akhbar The Star yang bertarikh 2 November 2012, Jumaat melaporkan SapuraKencana Petroleum Bhd mendapat projek RM836 Juta.

Pada Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir – Datuk Mokhzani – adalah naib pengerusi SapuraKencana.

Jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal Malaysiakini semalam iaitu: “Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak. “Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”

SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa saham pada 1 November – satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu. DESAKAN NGO R

1. R meragui macamana PETRONAS memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang mana anak kepada Penasihat PETRONAS terlibat sama? Laporan dari kenyataan media PETRONAS bahawa Sapura Kencana telah mendapat projek RM835.8 JUTA dari Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV dimana Tun Mahathir adalah Penasihat PETRONAS BHD sehingga sekarang adalah sangat diragui.

Projek ini membabitkan pengeluaran GAS dari Medan Bunga Kamelia, Blok PM301, 150km dari Kota Bharu dalam perairan Kelantan melalui syarikatnya, SapuraKencana Petroleum Bhd. Projek efektif projek ini telah bermula pada Oktober 2012 dan berakhir April 2016.

Jika merujuk kepada jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal Malaysiakini, sangat jelas Tun Mahathir mempengaruhi PETRONAS dalam membuat keputusan bagi pemberian tander bernilai jutaan ringgit tersebut.

NGO R memohon agar pihak SPRM menjalankan siasatan keatas PETRONAS diatas kenyataan Tun Mahathir tersebut.

2. Pengeluaran gas dalam perairan Kelantan akan bermula pada tahun 2013, persoalannya adakah Kelantan berhak mendapat Bayaran Royalti/Tunai RM100 JUTA sepertimana Perdana Menteri umumkan kepada Negeri Pahang pada 30 Oktober 2012 lalu?

Jumlah Pengeluaran GAS dari medan ini ialah 110 Juta Kaki Padu/hari, sekiranya berasaskan pengiraan beradarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan-PETRONAS yang dimeterai pada 9 Mei 1975 yang menyebut dengan JELAS iaitu;

“PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan di jual oleh PETRONAS atau ejen ejen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam Fasal 2.”

Bermakna daripada pengeluaran 110 Juta kaki padu setiap hari, dalam setahun Kerajaan Negeri Kelantan layak untuk menerima ROYALTI/ BAYARAN TUNAI lebih RM100 JUTA dalam masa setahun bermula pada tahun 2013 nanti.

3. NGO R mendesak pihak Kerajaan Malaysia dan PETRONAS menghidupkan kembali fungsi MAJLIS PENASIHAT PETROLEUM seperti yang termaktud dalam Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974, sepertimana yang dinyatakan dalam akta tersebut iaitu;

NATIONAL PETROLEUM ADVISORY COUNCIL

5. (1) There shall be established a Council to be known as the National Petroleum Advisory Council consisting of such persons including those from the relevant States as the Prime Minister may appoint.

(2) It shall be the duty of the National Petroleum Advisory Council to advise the Prime Minister on national policy, interests and matters pertaining to petroleum, petroleum industries, energy resources and their utilization.

Dengan adanya Majlis Penasihat Petroleum tersebut, dapatlah ia mengawal PETRONAS secara menyeluruh dan bukannya seperti apa yang berlaku sekarang yang mana Penasihat PETRONAS iaitu Tun Mahathir mempunyai kuasa penuh ke atas PETRONAS hinggakan pemberian projek-projek juga diberikan kepada anak beranak.

NAZRI DERAMAN, PRESIDEN R MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN
Comments
2 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...