2 Bloger Hebat Pakatan Rakyat Yang Wajib Anda Ketahui!!
saban hari kita di sajikan dengan pelbagai berita mengenai situasi politik malaysia
oleh pelbagai blog yang mana mereka menulis dari ruang hati yang murni lagi
ikhlas demi memperjuangan kebenaran dan keadilan demi sebuah kesejahteraan
melalui penulisan.
mengikut kajian serta pengamatan kami, terdapat 2 buah blog yang blogernya adalah
yang terbaik di antara yang terbaik kerana menyampaikan berita 24 jam sehari tanpa
henti bertahun tahun lamanya, tidak meminta apa apa sumbangan dan hanya sekadar
mengungkapkan secebis tulisan bagi membangunkan anak muda untuk kesedaran bagi
menumbangkan kezaliman sebuah pemerintah yang rasuah dan gila!
2 blog ini adalah blog paling otai dan paling berpengaruh di alam maya politik malaysia,
1. kelab greenboc
blog ini adalah blog yang paling hebat di antara bloger bloger Pakatan
Rakyat yang setiap jam menyampaikan berita berita benar dan telus untuk
maklumat rakyat malaysia yang dahagakan berita berita benar yang tidak di olah,
blog ini juga adalah blog paling otai dalam senarai blog blog penghasut anak muda
bangun menumbangkan pemerintah yang zalim Barisan Nasional.
2. anak sungai derhaka
blog ini adalah blog yang mempunyai ramai pengunjung dari latarbelakang pelbagai
warna dan bangsa, penulisan yang ikhlas dengan gaya bersahaja membuatkan blog
Pakatan Rakyat ini meniti dari bibir ke bibir bagi setiap pembaca yang melayari blog
ini.
menulis atas dasar menegakkan keadilan dan membunuh kemungkaran menjadikan
bloger dari sungai derhaka ini saban hari menjadi sumber rujukan bloger bloger lain
dalam membat berita, komen dan mencari maklumat yang tepat padat ringkas dan
bermakna.
kedua dua bloger Pakatan Rakyat ini juga menjadi musuh utama bloger dan media
lucah umno yang mana mereka cuba untuk meneka dan mendedahkan siapakah
mereka yang sebenarnya. syabas dan sekalung tahniah dari kami tim era pasca
ucapkan pada 2 bloger hebat sepanjang zaman ini.
mereka adalah pemacu dan pemangkin kepada keruntuhan sebuah pemerintahan
yang zalim dan kejam Barisan Nasional! usaha murni anda akan kami kenang hingga
ke anak cucu.
blog blog hebat Pakatan Rakyat yang lain, akan kami dedahkan minggu hadapan.
by @tiewnama - #TumbangBN Malaysia Sejahtera! kahkahkahkah








