Gempar! Lima MP Umno Bakal Dibuang Oleh Najib Razak pru13!

Posted by era pasca Tuesday, December 4, 2012 4 341 comments
@erapasca dari agensi berita fakap ep.
Sekurang kurangnya enam ahli parlimen muda umno akan digugurkan dari menjadi calon 
pada pilihan raya umum akan datang. mereka ialah Khairy Jamaluddin MP Rembau, Azalina Othman Saad MP Pengerang, Saifuddin Abdullah MP Temerloh, Noraini Ahmad MP Parit Sulung dan Fuad Zarkasi MP Batu Pahat dan Bung Mokhtar MP Kinabatangan.

menurut sumber wisma putra yang rapat dengan presiden umno, mereka digugurkan atas 
sikap politik mereka yang liberal dan gentleman yang tidak bertempat, telatah mereka 
dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada umno dan ada 
kalanya tidak setuju dengan dasar diputuskan dan kuat membangkang dasar kerajaan pusat.

Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik 
orang muda sejajar kehendak Najib Razak melakukan transformasi politik tetapi memberi kerugian kepada Barisan Nasional untuk terus mengumpul harta individu sebanyak mungkin. 
“mereka juga degil dan hendak menunjuk pandai,” kata sumber wisma putra.
manakala dua bekas ketua umno iaitu Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana 
mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri 
selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, pengguguran Azalina dan 
Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor.

menurut sumber dari wisma putra, keenam enam MP Barisan Nasional ini akan di gantikan
tempat mereka dengan calon calon baru yang lebih matang dan berkaliber dan sedia 
berkhidmat demi tranformasi Najib Razak dalam memajukan hutang negara supaya 
melebihi rm 500 billion tahun hadapan.
menurut sumber dalaman wisma putra punca utama kepada pengguguran pencalonan mereka adalah kerana mereka telah menolak sistem AES jpj, menerima idea pro mahasiswa, membuat demonstrasi jalanan, mengakui kelemahan umno pada pembangkang, meminta royalti minyak kelantan di kembalikan, menolak sumpah munafik pemimpin umno dan sebagainya.
berikut senarai sulit yang di serahkan kepada era pasca mengenai calon calon pilihan
winnable candidate bagi menggantikan calon calon keras kepala ini.

1. Mohd Saiful Bukhari Azlan - Calon MP Rembau, Khairy Jamaluddin Gugur.

 2. Ezam Mohd Nor - Calon MP Kinabatangan, Bung Mokhtar Gugur.
3. Jins Samsudin - Calon MP Temerloh, Saifuddin Abdullah Gugur.

4. Lokman Adam - Calon MP Parit Sulong, Noraini Gugur.

5. Hassan Ali - Calon MP Batu Pahat, Puad Zarkasi Gugur.

6. Ummi Hafilda - Calon MP Pengerang, Azalina Othman Gugur.

ada beberapa lagi senarai calon MP bakal menyusul dalam siri pendedahan panas ini.
terima kasih pada sumber dalaman wisma putra yang memberikan kepada kami beberapa
maklumat sulit lagi OSA ini. 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

@erapasca - muhyiddin ganti najib! kikikiki


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN
Comments
4 Comments

4 341 comments:

kampong lad said...

pompuan dua ekoq tu jadi mp atas tiket puteri....dah tekeluaq ring la!...si jins nak jadi calon? umoq dia berapa? bagi tun kat dia & suruh dok diam2.

Hamba Rabbi said...

Adoi.. aku ni penyokong tegar PR. Tp cite lu ni npk kartun sgt la bai.. buat la cite kow sikit. adooooiii

m saha Mus said...

Noraini cun..he..

Anonymous said...

Sakit ke ko ni..xlawak langsung! Dato Jins nk igt nama sendiri pn susah skg ni.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BackLinks

Backlinks