Panas! Mazidul Akmal Sidek Di Tangkap Kerana Dadah?
Sunday, December 23, 2012
0
341 comments
petikan dari media Barisan Nasional tahun 2007.
Johor Bahru, Wartawan penyiaran TV3, yang juga pengacara rancangan 360,
Mazidulakmal Sidek, 40, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam,
atas tuduhan menyalahgunakan dadah.
Dia didakwa bersama enam yang lain, termasuk seorang anggota polis dan seorang
anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasukkan dadah jenis 'methamphetamine'
ke dalam badan masing-masing, mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik 88, Groove City Sdn Bhd,
Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir di sini, pada jam 2.45 pagi, Sabtu lalu.
Mazidulakmal, anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Mohd Nasir Jamil, 23 dan anggota
JPJ itu, Johari Mohamed, 34, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadap mereka.
Turut tidak mengaku bersalah, penerbit rancangan TV3, Fadzli Ramli, 40; Johari Sarkon, 34 dan
dua wanita, Tumijah Adras, 34 dan Umaisyah Abd Rahim, 25.
Jika sabit kesalahan mengikut seksyen itu, semua mereka boleh dihukum penjara dua tahun atau
denda maksimum RM5,000.
Johari bagaimanapun, menghadapi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 12(2) akta sama
kerana memiliki dadah jenis pil eramin 5 seberat 0.3 gram, sabit kesalahan boleh dihukum
mengikut Seksyen 12(3) akta berkenaan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor David Chong Seng Yung di hadapan
Majistret Rasidah Ramlee. Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A Vimala manakala lima
tertuduh lain tidak diwakili peguam.
Rasidah kemudian menetapkan perbicaraan kes itu pada 24 September ini dan memerintah semua
tertuduh dikenakan jaminan RM2,500 dan RM3,000 setiap seorang.
Sementara itu, TV3 dalam kenyataannya petang semalam, berkata pihaknya mengambil
berat kes yang membabitkan kakitangannya. Stesen itu akan menunggu perbicaraan kes
yang dijadualkan pada 24 September ini sebelum mengambil tindakan susulan.
“TV3 juga akan membiayai kos guaman dan pembiayaan lain yang berkaitan bagi kedua
dua kakitangan itu,”.
by @tiewnama - tv3 dan mazidul kantoi buat filem menipu rakyat malaysia bagi
menghalalkan AES dan seterusnya untuk mengolah persetujuan umum atas arahan
Barisan Nasional anda boleh klik Projek Kantoi Media Fitnah Barisan Nasional!
Created by Klik untuk dapatkan






